Monday, January 14, 2019
Thursday, January 10, 2019
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
SINOPSIS PROGRAM
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Pembuatan Automotif) diwujudkan bagi menampung keperluan secara meluas bidang kejuruteraan bagi pengkhususan di dalam rekabentuk pembuatan automotif. Diploma ini member pengetahuan dan kemahiran melalui penawaran kursus teras dalam Kejuruteraan Mekanikal seperti Teknologi Elektrik , Lukisan Kejuruteraan , Teknologi Bengkel Mekanikal , Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Termodinamik, Mekanik Bendalir, Kekuatan Bahan, Sains Bahan, Pneumatik & Hidraulik dan Kejuruteraan Mekanik. Kursus pengkhususan tertumpu kepada bidang pembuatan dan rekabentuk automotif termasuklah Asas Automotif, Amalan Bengkel Automotif, CAD/CAM, Analisis Kejuruteraan Automotif, Rekabentuk Produk Automotif, Proses Pembuatan Automotif, Ergonomik dan Rekabentuk Bagi Persekitaran
PROSPEK KERJAYA
SYARAT KEMASUKAN
Lepasan SPM (Politeknik Konvensional / METrO)
Lulusan Pra Diploma Politeknik
Lulus Pra Diploma Sains
(Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, tuan/puan boleh lawati portal Pengambilan Pelajar Politeknik & Kolej Komuniti di www.politeknik.edu.my)
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Pembuatan Automotif) diwujudkan bagi menampung keperluan secara meluas bidang kejuruteraan bagi pengkhususan di dalam rekabentuk pembuatan automotif. Diploma ini member pengetahuan dan kemahiran melalui penawaran kursus teras dalam Kejuruteraan Mekanikal seperti Teknologi Elektrik , Lukisan Kejuruteraan , Teknologi Bengkel Mekanikal , Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Termodinamik, Mekanik Bendalir, Kekuatan Bahan, Sains Bahan, Pneumatik & Hidraulik dan Kejuruteraan Mekanik. Kursus pengkhususan tertumpu kepada bidang pembuatan dan rekabentuk automotif termasuklah Asas Automotif, Amalan Bengkel Automotif, CAD/CAM, Analisis Kejuruteraan Automotif, Rekabentuk Produk Automotif, Proses Pembuatan Automotif, Ergonomik dan Rekabentuk Bagi Persekitaran
PROSPEK KERJAYA
Program ini memberikan pengetahuan dan kemahiran bidang kejuruteraan mekanikal yang boleh diaplikasi di dalam industry automotif dan pembuatan. Hasil pembelajaran membolehkan pelajar mendapat peluang kerjaya sebagai :-
� Pembantu Jurutera ( Assistant Engineer)
� Pembantu Juruteknik ( Assistant Technician)
� Penyelia Rekabentuk Produk Automotif ( Automotive Product Design Supervisor)
� Perekaalat/ acuan /produk ( Tool Maker/ Mold / Product Designer)
� Perancang pengeluaran/ proses ( Manufacturing / Process Planner)
� Pakar Teknikal ( Technical Specialist)
� Juruteknik Kawalan Mutu ( Quality Control Technician )
� Juruteknik Proses ( Process Technician )
� Juruteknik Selepas Pembelian ( Purchasing Technician )
� Pengajar Vokasional ( Vocational Educator)
� Precision Machinist
SYARAT KEMASUKAN
Lepasan SPM (Politeknik Konvensional / METrO)
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Mathematics
- SATU (1) mata pelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
- SATU (1) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
- Calon tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.
Lulusan Pra Diploma Politeknik
Lulus Pra Diploma Sains
Lulusan selain SPM
- Warganegara Malaysia
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus pengajian peringkat Sijil seperti berikut:
1 Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA Tahap 3, KKM Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Pemesinan) Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Alatan & Acuan) Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Produk) Sijil Kejuruteraan Pertanian Sijil Teknologi Automotif Sijil Teknologi Kimpalan 2 Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanik Industri Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Lukisan Rekabentuk) Sijil Teknologi Kejuruteraan Operasi Loji Sijil Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Sijil Teknologi Kimpalan
Lulusan APEL
- Warganegara Malaysia
- Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
Subscribe to:
Posts (Atom)