Thursday, January 10, 2019

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

SINOPSIS PROGRAM

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Pembuatan Automotif) diwujudkan bagi menampung keperluan secara meluas bidang kejuruteraan bagi pengkhususan di dalam rekabentuk pembuatan automotif. Diploma ini member pengetahuan dan kemahiran melalui penawaran kursus teras dalam Kejuruteraan Mekanikal seperti Teknologi Elektrik , Lukisan Kejuruteraan , Teknologi Bengkel Mekanikal , Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Termodinamik, Mekanik Bendalir, Kekuatan Bahan, Sains Bahan, Pneumatik & Hidraulik dan Kejuruteraan Mekanik. Kursus pengkhususan tertumpu kepada bidang pembuatan dan rekabentuk automotif termasuklah Asas Automotif, Amalan Bengkel Automotif, CAD/CAM, Analisis Kejuruteraan Automotif, Rekabentuk Produk Automotif, Proses Pembuatan Automotif, Ergonomik dan Rekabentuk Bagi Persekitaran 

PROSPEK KERJAYA


Program ini memberikan pengetahuan dan kemahiran bidang kejuruteraan mekanikal yang boleh diaplikasi di dalam industry automotif dan pembuatan. Hasil pembelajaran membolehkan pelajar mendapat peluang kerjaya sebagai :- 
Pembantu Jurutera ( Assistant Engineer)
Pembantu Juruteknik ( Assistant Technician)
Penyelia Rekabentuk Produk Automotif ( Automotive Product Design Supervisor)
Perekaalat/ acuan /produk ( Tool Maker/ Mold / Product Designer)
Perancang pengeluaran/ proses  ( Manufacturing / Process Planner)
Pakar Teknikal ( Technical Specialist)
Juruteknik Kawalan Mutu ( Quality Control Technician )
Juruteknik Proses ( Process Technician ) 
Juruteknik Selepas Pembelian ( Purchasing Technician ) 
Pengajar Vokasional ( Vocational Educator)
Precision Machinist


SYARAT KEMASUKAN
Lepasan SPM (Politeknik Konvensional / METrO)


  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:

    1. Mathematics
    2. SATU (1) mata pelajaran Sains/Teknikal/Vokasional
    3. SATU (1) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
  7. Calon tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.

Lulusan Pra Diploma Politeknik
Lulus Pra Diploma Sains


Lulusan selain SPM
  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus pengajian peringkat Sijil seperti berikut:
    1Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA Tahap 3, KKM
    Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Pemesinan)
    Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Alatan & Acuan)
    Sijil Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Produk)
    Sijil Kejuruteraan Pertanian
    Sijil Teknologi Automotif
    Sijil Teknologi Kimpalan
    2Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM
    Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanik Industri
    Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Lukisan Rekabentuk)
    Sijil Teknologi Kejuruteraan Operasi Loji
    Sijil Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
    Sijil Teknologi Kimpalan


Lulusan APEL
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
(Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, tuan/puan boleh lawati portal Pengambilan Pelajar Politeknik & Kolej Komuniti di www.politeknik.edu.my)

























No comments:

Post a Comment